MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MYSA@MAHA2024: METERAI DUA KERJASAMA
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meterai dua kerjasama iaitu MYSA-Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM); dan MYSA-Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), KPKM yang telah berlangsung di Dewan D, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024, 19 September 2024.
.
๐๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐€๐๐†๐Š๐€๐’๐€ ๐“๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐„๐‚๐„๐Š๐€๐๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐’๐„๐Š๐“๐Ž๐‘ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐€๐๐€๐
ย 
๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐Œ๐˜๐’๐€-๐Œ๐€๐ƒ๐€: ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐š๐๐ข ๐๐š๐ง ๐„๐ฆ๐ฉ๐š๐ง๐ ๐š๐ง
โ–ช๏ธMemorandum Persefahaman (MoU) antara MYSA dan MADA telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamarudin bin Dahuli, Pengurus Besar MADA dan YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, disaksikan oleh YB. Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
ย 
โ–ช๏ธMYSA membangunkan Sistem Pengurusan Tanaman Padi dan Empangan bagi membolehkan pihak MADA untuk:
โ˜‘๏ธMendapatkan maklumat terperinci dan terkini keluasan guna tanah
โ˜‘๏ธpengurusan air empangan dan
โ˜‘๏ธpengesanan awal masalah penyakit perosak yang menjejaskan hasil tanaman.
โ–ช๏ธSistem ini membantu pihak MADA meningkatkan kecekapan dalam merancang, mengurus dan memantau kawasan tanaman padi seluas 100,641 hektar yang memberi manfaat kepada hampir 54,000 pesawah di Kawasan Muda.
โ–ช๏ธLiputan kawasan pemantauan adalah menyeluruh dan membolehkan masa penyiasatan di lapangan dikurangkan sehingga lebih 50% melalui keupayaan teknologi angkasa yang menjimatkan masa, tenaga dan kos.
ย 
๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐Œ๐˜๐’๐€-๐ƒ๐Ž๐…: ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ฉ๐š๐๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ฌ๐ค๐š๐ง
๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐€๐ง๐ ๐ค๐š๐ฌ๐š (๐Œ๐ฒ๐ƒ๐Ž๐…๐†๐ข๐’)
โ–ช๏ธNota Kerjasama antara MYSA dan DOF telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah DOF dan YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, disaksikan oleh YB. Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
ย 
โ–ช๏ธSistem MyDOFGiS ini dapat:
โ˜‘๏ธmeningkatkan kecekapan penyampaian maklumat perikanan bagi tujuan pengurusan dan perancangan yang komprehensif
โ˜‘๏ธmeningkatkan keberkesanan dalam pemantauan dan cerapan data perikanan
โ˜‘๏ธmemudahkan pengurusan regulasi keselamatan makanan untuk memenuhi perundangan bagi pemasaran produk perikanan
ย 
โ–ช๏ธMenjelang tahun 2030, penggunaan sistem ini dijangka dapat menyumbang 10 peratus peningkatan hasil dengan nilai sebanyak RM854 juta.
ย 
๐ŸŒŽ๐Ÿ›ฐ๏ธ๐Ÿ“ก Kedua-dua sistem berteraskan teknologi angkasa meliputi teknologi penderiaan jauh (remote sensing), Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)], Sistem Penentududukan Sejagat [Global Positioning System (GPS)] dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)].
ย 
๐ŸคMOSTI melalui MYSA sentiasa komited dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh menerusi penggunaan teknologi angkasa.
ย 
Hadir sama, YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), MYSA serta pegawai kanan dan ahli projek kedua-dua agensi.
ย 
๐Ÿ“ˆJalinan kerjasama strategik ini dapat memperkasa penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat dan usaha ini juga seiring dengan komitmen MYSA dalam menerajui pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 20230 (DAN2030) serta selaras dengan matlamat Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang diterajui oleh MOSTI.
Skip to content