MYIONO

My-Iono Servis merupakan sistem pemantauan ionosfera berasaskan web yang memberikan informasi berkenaan kondisi ionosfera di Kawasan Malaysia dalam masa hampir nyata (near real time). Ionosfera merupakan lapisan berion di atmosfera bumi yang kondisinya sentiasa berubah mengikut masa dan lokasi geografi. Aktiviti ionosfera dipengaruhi oleh cuaca angkasa seperti di Rajah 2. Di Malaysia, MYSA telah mengenal pasti beberapa pengguna yang berpotensi menggunakan My-Iono Service sebagai medium rujukan untuk operasi harian seperti Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan institusi penyelidikan luar dan dalam negara.

Produk R&D, MY-Iono Service ini ialah hasil kombinasi dua projek dana penyelidikan sains daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diterajui oleh MYSA bertajuk “Reliability Study on Ionosphere Modelling for SBAS System” (04-05-05-SF00009) dan “An Equatorial Ionosphere and Alert System for Space Weather Application” (04-05-05-SF0026) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pengguna yang berdaftar dengan perkhidmatan ini akan menerima amaran menerusi emel apabila indeks ionosfera memberikan status “medium” atau “severe”. Di samping itu, pengguna yang berdaftar juga boleh mendapatkan informasi berkenaan kandungan nilai elektron “Total Electron Content” (TEC), signal delay error dalam unit meter dan kadar perubahan nilai TEC di kawasan Malaysia dalam masa nyata.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:  http://myiono.mysa.gov.my/

MYIONO