MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

logo keluarga malaysia

PENGENALAN

Selaras dengan gagasan konsep Keluarga Malaysia yang telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri, pada tahun ini Minggu Sains Negara (MSN) turut menyokong konsep tersebut dengan penjenamaan sebagai Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia (MSNKM) 2022.

Pada tahun 2020, kaedah konvensional Minggu Sains Negara yang dirancang telah diubahsuai secara keseluruhan di mana 95% aktiviti dan program yang dirancang telah diubah suai dan diadakan secara maya. Jumlah keseluruhan libat urus (view/engagement) yang telah direkodkan bermula daripada bulan April sehingga November adalah sebanyak 2,482,059. Angka ini merupakan bilangan libat urus tertinggi sepanjang pelaksanaan Minggu Sains Negara secara fizikal iaitu sebanyak 88,018 pada tahun 2018 dan 928,206 pada tahun 2019. Pada tahun 2021 pula, keseluruhan aktiviti Minggu Sains Negara dilaksanakan secara atas talian. Sebanyak 157 program telah dilaksanakan dan merekodkan penyertaan sebanyak 1,034,771.

MSNKM yang bertema “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi” akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian dan disasarkan sebanyak 1.5 juta penyertaan oleh pelajar sekolah, pelajar IPT dan masyarakat umum. MSNKM 2022 akan dilaksanakan dengan konsep yang berbeza dimana ia berteraskan kepada bidang fokus utama yang akan berubah pada setiap bulan bermula pada bulan April hingga Oktober 2022.

Terdapat tujuh (7) bidang yang telah disenarai pendek sebagai bidang fokus. Bidang fokus ini dipilih berdasarkan kesesuaian setelah mengambil kira sambutan hari-hari berkepentingan berkaitan STI. Setiap bidang fokus hendaklah menerapkan cross cutting theme.

TEMA

Tagline MOSTI_edit shadow

Pemilihan tema Minggu Sains Negara (MSN) Keluarga Malaysia 2022 adalah sejajar dengan hasrat kementerian untuk menjadikan sains sebagai suatu perkara yang lazim di kalangan rakyat serta menjadikan teknologi sebagai pemangkin ekonomi. Tema ini juga turut menyokong aspirasi YB Menteri yang sering menekankan aspek merakyatkan sains dan menginsankan teknologi lantas memberi penerangan yang jelas mengenai objektif kementerian secara amnya dan objektif Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia secara khususnya.

SENARAI AKTIVITI DAN PERTANDINGAN 

Pertandingan MySpace Station
Tarikh Tutup Pendaftaran: 31 Mei 2022 (Telah Ditutup)

Pertandingan MyMARS Solar Station
Tarikh Tutup Pendaftaran: 31 Mei 2022 (Telah Ditutup)

Pertandingan MyMARS Roverbot
Tarikh Tutup Pendaftaran: 31 Mei 2022 (Telah Ditutup)

Pertandingan CodeWar2022
Tarikh Pertandingan: 9 Julai – 31 Ogos 2022 (Telah Ditutup)

GerhanaSAT Challenge 2022
Tarikh Tutup Pendaftaran: 17 Julai 2022 (Telah Ditutup)

Pertandingan Mewarna untuk Sekolah Rendah 
Tarikh Pertandingan: 18 Julai – 18 Ogos 2022 (Telah Ditutup)

An Eye to Space @ ONL: Pencerapan Objek Malam
13 Oktober 2022 @ 8.30 malam

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

Pn. Shahrina Abd Samad
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
E-mel: msn@localhost
Hotline/Whatsapp: 019-2853326

 

Skip to content