PENGENALAN
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) turut terlibat dalam penganjuran aktiviti dan pertandingan sempena Minggu Sains Negara 2021. Ini termasuklah penganjuran Pertandingan Mewarna dan Melukis untuk kanak-kanak, Pertandingan TikTok, Pertandingan Mereka Cipta Model Satelit anjuran bersama Rakan Strategik iaitu Apadilangit, MSN Run and Rovers on Mars Virtual Space Run anjuran bersama Rakan Strategik, Spreen dan Program Sembang Angkasa. Tema pertandingan pada tahun ini ialah ‘Sains Untuk Kesihatan’.