MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MYSA DAN UNITEN PADA 30 OKTOBER 2024
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) pada 30 Oktober 2024 bertempat di Bangunan Canselori, UNITEN.
.
MoU ditandatangani oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh bin Mohamed Sahari, Naib Canselor UNITEN.
.
Kerjasama ini merupakan kesinambungan daripada kerjasama strategik yang telah dimulakan sejak tahun 2017. Mengorak langkah ke hadapan, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuhkan skop kerjasama dalam sektor angkasa meliputi:
▪️penyelidikan, pembangunan dan pengoperasian sistem stesen bumi;
▪️kerjasama penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi angkasa untuk keselamatan tenaga;
▪️perkongsian penggunaan kemudahan projek penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi angkasa;
▪️perkongsian bahan, informasi dan penerbitan dalam bidang sains dan teknologi angkasa;
▪️pelaksanaan program latihan, pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan dalam teknologi berkaitan; dan
▪️pelaksanaan program promosi bagi teknologi angkasa dan teknologi yang berkaitan.
.
Pembaharuan kerjasama ini dapat:
☑️membuka lebih banyak peluang penerokaan bidang baharu dalam sektor angkasa
☑️memperkasa jaringan perkongsian maklumat bidang sains dan teknologi angkasa
☑️meningkatkan kompetensi pegawai kedua-dua pihak melalui program latihan serta pemindahan teknologi
.
Jalinan kerjasama strategik ini seiring dengan komitmen MYSA dalam menerajui pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) serta selaras dengan matlamat Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang diterajui oleh MOSTI.
.
Selepas sesi MoU, delegasi MYSA telah dibawa melawat ke Pusat Kecemerlangan Institut Infrastruktur Tenaga (The Energy Sphere) UNITEN dan diberikan taklimat mengenai penyelidikan:
• 𝘚𝘢𝘵𝘦𝘭𝘭𝘪𝘵𝘦 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘭𝘭𝘪𝘨𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘏𝘶𝘣
• 𝘋𝘢𝘮 𝘚𝘢𝘧𝘦𝘵𝘺 𝘢𝘯𝘥 𝘚𝘶𝘴𝘵𝘢𝘪𝘯𝘢𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘭𝘭𝘪𝘨𝘦𝘯𝘤𝘦 (𝘋𝘚𝘚𝘐)
• 𝘊𝘭𝘪𝘮𝘢𝘵𝘦 𝘙𝘦𝘴𝘪𝘭𝘪𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘌𝘯𝘦𝘳𝘨𝘺 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮
Skip to content