MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA MYSA DAN PKNP PADA 27 OGOS 2024
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah berlangsung pada 27 Ogos 2024 di Hotel Corus, Kuala Lumpur.
.
Memorandum ini ditandatangani oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBhg. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, disaksikan oleh YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.
.
Hadir sama, YBrs. En. Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA dan YBrs. En. Mohd Razif bin Abdul Malek, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP.
.
Kerjasama antara MYSA dan PKNP telah bermula sejak November 2023 dan beberapa siri perbincangan telah dilaksanakan bagi melihat keperluan untuk membangunkan satu sistem aplikasi berteraskan kepada penggunaan teknologi penderiaan jauh (remote sensing) dan teknologi-teknologi lain yang berkaitan seperti Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)] dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)].
.
Pembangunan sistem ini merangkumi skop pemantauan aktiviti projek PKNP yang meliputi aspek perlombongan, perladangan, perindustrian, hartanah dan projek-projek khas.
.
Penggunaan sistem ini akan membantu meningkatkan kecekapan dalam pengurusan dan pemantauan projek serta mengurangkan kes-kes pencerobohan tanah PKNP yang sekaligus akan menjimatkan tenaga dan kos dalam aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan.
Skip to content