MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MYSA DAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS) PADA 10 OGOS 2024
Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). πŸ“ƒ
.
Sesi pertukaran telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Pengarah LUAS dengan YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor di Program Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2024 Peringkat Negeri Selangor, pada 10 Ogos 2024 di Taman Tasik Perdana, Ampang Jaya, Selangor.
.
🀝Melalui kerjasama strategik ini, Sistem Aplikasi Selangor Earth Surface Activity Monitoring Systems (SESAMS) telah berjaya dibangunkan oleh MYSA untuk kegunaan LUAS bagi:
πŸ“ŒMenjalankan pemantauan aktiviti penggunaan tanah terutamanya yang melibatkan aspek kawasan badan air ;
dan
πŸ“ŒKawasan berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air di negeri Selangor.
πŸŒŽπŸ›°οΈπŸš€Sistem SESAMS yang dibangunkan berteraskan teknologi angkasa ini memanfaatkan sepenuhnya:
βœ…Teknologi penderiaan jauh (remote sensing);
βœ… Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)];
βœ…Sistem Penentududukan Sejagat [Global Positioning System (GPS)]; dan
βœ…Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)].
.
Kerjasama strategik ini dapat memperkasa penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat dan usaha ini juga seiring dengan komitmen MYSA dalam menerajui pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) serta selaras dengan matlamat Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang diterajui oleh MOSTI.
.
Program sambutan HAS ini anjuran LUAS dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diisi dengan pelbagai acara antaranya aktiviti sukan air, demonstrasi kerja-kerja LUAS di kolam dan reruai pameran yang turut disertai oleh MYSA.
.
Hadir sama, YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzil bin Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor; YB Tuan Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur & Pertanian; YB Puan Jamaliah binti Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam & Alam Sekitar; dan YBrs. Dr. Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPAJ.
Skip to content