MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SESI MENANDATANGANI DOKUMEN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA MYSA DAN JABATAN PERHUTANAN SABAH PADA 26 MEI 2023

26 Mei 2023- Sesi Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Jabatan Perhutanan Sabah telah diadakan di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi.
 
Upacara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama YBhg. Datuk Frederick Kugan, Ketua Konservator Hutan Sabah.
 
Tujuan pemeteraian MoU ini adalah bagi menjalin kerjasama dalam penyelidikan di antara MYSA dengan Jabatan Perhutanan Sabah dalam meningkatkan penggunaan teknologi angkasa dan teknologi-teknologi lain yang berkaitan bagi memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan sumber hutan khususnya kawasan Hutan Simpan Negeri Sabah.
.

 

 

Skip to content