
Skop kerjasama memfokuskan kepada bidang sains dan teknologi angkasa dan teknologi berkaitan meliputi penyelidikan bagi mencapai hasrat pembangunan lestari; penggunaan kemudahan projek penyelidikan; perkongsian bahan, informasi dan penerbitan; pelaksanaan program latihan, pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan; dan program promosi.
.
Delegasi MYSA turut dibawa melawat ke Research Centre for Human-Machine Collaboration (HUMAC) dan Sunway Innovation Labs (iLabs).
.
Pemeteraian ini meluaskan lagi jaringan kerjasama MYSA dengan institusi pengajian tinggi negara untuk meneroka peluang membangun, menyokong dan memperkasa aktiviti penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi angkasa.