MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Ketua Pengarah MYSA, YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah telah menyampaikan kenyataan berkaitan pendirian Malaysia dalam pembangunan sektor angkasa negara selaras dengan pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 di the United Nation 65th Session on the Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (UN-COPUOS).
.
Beliau selaku focal point negara bagi mesyuarat UN-COPUOS kini sedang mewakili Malaysia dalam mesyuarat tahunan yang diadakan pada 1 hingga 10 Jun 2022 bertempat di Vienna International Centre, Vienna, Austria.
.
UN-COPUOS merupakan komiti paling utama dan besar di peringkat antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membincangkan dan mempromosikan jalinan kerjasama dalam pembangunan sektor angkasa.
.
 
Skip to content