YB Tuan
Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Turkiye pada 8 – 12 Oktober 2024. Delegasi YB menteri terdiri daripada TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Malaysia ke Turkiye, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) serta wakil daripada Agensi Angkasa Malaysia, MIMOS Berhad, dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).