MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL (JKT) KERJASAMA MYSA DAN ECERDC PADA 26 NOVEMBER 2024
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (JKT) kerjasama antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah berlangsung pada 26 November 2024 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Dato’ Ragu Sampasivam, Ketua Pegawai Operasi ECERDC dan YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), MYSA.
.
Fokus mesyuarat memberi tumpuan kepada:
▪️Status kemajuan pembangunan Sistem Pengurusan dan Perancangan Projek Kerjasama MYSA dan ECERDC
▪️Pelaporan hasil Bengkel Pemurnian Data ECERDC yang telah diadakan pada 18 November 2024
▪️Perancangan aktiviti bagi tahun 2025.
.
Sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang sedang dibangunkan ini akan dapat meningkatkan kecekapan ECERDC dalam pengurusan dan tadbir urus tanah seperti:
▪️Mengenal pasti perubahan guna tanah di kawasan ECERDC dan pemantauan perancangan pembangunan yang sedang dilaksanakan
▪️Mengenal pasti status hartanah mengikut jenis penggunaan tanah dan kategori pemilikan tanah
▪️Meningkatkan kecekapan perkhidmatan penyelenggaraan infrastruktur awam dan keselamatan.
.
Teknologi angkasa untuk semua 🌎🛰️🚀📡
Skip to content