MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (JKT) Projek Kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Bil.1/ Tahun 2022 telah diadakan pada 13 September 2022 di Jabatan Perhutanan Negeri Perak bagi membincangkan mengenai status pencapaian dan hala tuju projek.
.
Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh YBrs. En. Adnan Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), MYSA dan YBhg. Dato’ Mohd Rahim Bin Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal), JPSM.
.
Kerjasama strategik ini bertujuan berkongsi kepakaran dalam pembangunan dan pengoperasian aplikasi remote sensing dan teknologi-teknologi lain yang berkaitan bagi tujuan perancangan, pengurusan dan pemantauan sumber hutan khususnya Hutan Simpan Kekal (HSK) yang lebih cekap dan berkesan.
.
Sebelum itu pada 12 September 2022, delegasi telah dibawa melawat ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang (HPLM), Kuala Sepetang, Taiping, Perak dan diberi penerangan berkenan pelan perancangan (HPLM) dan pemprosesan arang kayu daripada pokok bakau.
.
Skip to content