MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK KERJASAMA JTSS-MYSA BIL. 1/2022

25 Julai 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Kerjasama antara Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS), Kerajaan Negeri Sarawak dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bil. 1/2022 telah diadakan di Hotel Adya, Kuah, Langkawi.
.
Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YBrs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Encik Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Timbalan Pengarah JTSS.
.
Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah bagi membentangkan status kemajuan Fasa 2 projek kerjasama dan perancangan Fasa 3 projek. Di bawah kerjasama ini, kedua-dua agensi berkongsi kepakaran dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi berteraskan teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan seperti Geographic Information System (GIS), Sistem Penentududukan Global (GPS) dan Information and Communications Technology (ICT) bagi bidang berkaitan pemetaan dan pengurusan tanah. Antara lain, mesyuarat turut membincangkan halatuju projek kerjasama berserta cadangan pembaharuan Memorandum Persefahaman(MoU) yang akan tamat pada penggal pertama tahun 2023.
.
Seterusnya, satu Mesyuarat Kumpulan Kerja telah diadakan bagi membincangkan secara terperinci perancangan Fasa 3 projek yang akan menghasilkan peta litupan tanah keseluruhan Sarawak SS30 (Sarawak Series 30) bagi Edisi yang ke- 3, kajian perintis bagi 3D City & Fotogrametri serta penambahbaikan sistem LIMPAS.
.
Pada sebelah malamnya, YBrs. Encik Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JTSS dan ahli mesyuarat yang lain telah dibawa ke sesi Eksplorasi Sains Angkasa di Observatori Negara Langkawi (ONL). Delegasi JTSS diberi pendedahan tentang fasiliti-fasiliti dan objek angkasa yang dapat dicerap di ONL.
.
#MerakyatkanSains
#MenginsankanTeknologi
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat