MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) PROJEK KERJASAMA MYSA-LKTN PADA 8 NOVEMBER 2023
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Kerjasama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan pada 8 November 2023 di Ibu Pejabat LKTN, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
.
Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YBrs. Tuan Haji Idris bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah LKTN dan YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan mengenai status kemajuan projek serta pembentangan syor dan cadangan aktiviti baharu di bawah kerjasama antara dua agensi ini.
.
Turut hadir ke mesyuarat adalah Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA, Encik Eizwan Muzani bin Adzmi, Pengarah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan LKTN serta pegawai-pegawai kanan dan ahli projek dari kedua-dua agensi.
.
Seterusnya, ahli mesyuarat telah dibawa untuk melawat Kilang Non Woven Thermobonding di Pusat Industri Kenaf Saujana, Setiu, Terengganu. Delegasi telah diberikan taklimat berkaitan proses penghasilan produk serta rumah contoh yang dibina menggunakan teknologi sistem binaan berindustri (IBS) berasaskan kenaf.
Skip to content