Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco) telah berlangsung pada 4 November 2024 di Langkawi, Kedah.
.
Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Ir. Dr. Zainul Asri bin Mamat, Ketua Pengurusan Aset, TNB Genco mewakili YBrs. Tuan Haji Mohammad Zahir bin Ismail, Ketua Pegawai Operasi, TNB Genco.
.
.
Fokus mesyuarat antara lain turut membincangkan:
Status dan pencapaian projek THyCAS termasuk penglibatan dalam Program Reseacher – Industry Scientific Exchange (RISE).
TNB Genco akan meneruskan penyertaan dalam program RISE menerusi kepakaran MYSA dalam menganalisis imej satelit, pembangunan sistem dan teknologi angkasa. RISE adalah program anjuran MOSTI bertujuan untuk agensi kerajaan membantu meningkatkan produktiviti industri.