MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL TEKNOLOGI, PENYELIDIKAN DAN INOVASI BIL. 1/2025 PADA 29 APRIL 2025
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Teknologi, Penyelidikan dan Inovasi Bil.1/2025 pada 29 April 2025 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Jawatankuasa ini merupakan salah satu daripada empat (4) jawatankuasa teknikal di bawah Jawatankuasa Angkasa Kebangsaan (JANGKA) yang berperanan merancang, memantau dan menilai pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan teknologi, penyelidikan dan inovasi angkasa.
.
Mesyuarat telah dihadiri oleh pihak Kementerian/ Jabatan/ Agensi termasuk Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah serta pembentangan projek/ program daripada pihak syarikat dan akademia.
Skip to content