MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PROJEK KERJASAMA LEMBAGA LADA MALAYSIA (MPB) DAN AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA) PADA 18 OGOS 2023
18 Ogos 2023 (Rabu) | Kota Kinabalu, Sabah
Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah mengadakan Mesyuarat Jawatakuasa Teknikal Projek Kerjasama MPB dan MYSA dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) MPB, Encik Vincent Sawat dan Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA, Encik Adnan Bin Hj. Ismail.
Antara topik yang dibincangkan termasuklah mengenai status pemetaan kawasan tanaman lada di Wilayah Sabah dengan menggunakan teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan bagi tujuan memudah dan memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan aktiviti pemetaan kawasan tanaman lada di Sabah.
Untuk rekod, Memorandum Persefahaman diantara Kerajaan Malaysia diwakili oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah dimeterai pada 27 Julai 2022 tahun lalu.
Turut hadir daripada pihak MYSA ke mesyuarat yang sama adalah Pengarah Bahagian Pembangunan ICT dan Geoinformatik, Encik Samsudin Bin Omar; Pengarah Bahagian Aplikasi Pengurusan Sumber, Encik Zuraimi Bin Suleiman, dan Pegawai Penyelidik, Encik Abdul Majid Bin Wahab.
Manakala di pihak MPB pula turut disertai oleh adalah Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Tanaman, Encik William; Pemangku Pengarah Kanan, Encik Apoi Wan serta Penolong Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Cik Rema Jalil.
Skip to content