MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL TEKNOLOGI, PENYELIDIKAN DAN INOVASI (JTPI) PADA 12 JUN 2026
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Teknologi, Penyelidikan dan Inovasi (JTPI) pada 12 Jun 2026 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
.
Semasa Perutusan Pengerusi, beliau memaklumkan mengenai perkembangan semasa sektor angkasa negara antaranya mengenai:-
▪️Kenyataan bersama YAB Perdana Menteri Malaysia dan Jepun pada 10 Jun 2026 di Tokyo semasa mesyuarat bilateral antara kedua-dua negara yang menekankan kepentingan kerjasama dalam sektor angkasa;
▪️Pelancaran dua (2) satelit Malaysia iaitu UiTMSAT-2 pada 3 Februari 2026 dan DecimalSat-1 pada 30 Mac 2026;
▪️Tiga (3) pakar
Malaysia diiktiraf sebagai Junior Member International Astronomical Union (IAU), manakala dua (2) lagi sebagai Individual Member; dan
▪️Kajian menunjukkan 10 teknologi terkini dalam bidang angkasa antaranya termasuk data analitik, pegurusan sampah angkasa, komponen cetakan 3D dan teknologi tujahan (propulsion).
.
Justeru, platform JTPI amat penting dalam merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan teknologi, penyelidikan dan inovasi angkasa agar selari dengan hala tuju yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030: Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030).
.
Turut berlangsung, sesi pembentangan bagi makluman dan pertimbangan JTPI antaranya mengenai pembangunan pendidikan dan latihan teknikal (TVET) angkasa; pelaksanaan komersial untuk aplikasi IoT; dan peranan MCMC dalam ekosistem teknologi angkasa.
Angkasa untuk Semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content