MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (JKT) Bil. 1/2023 Projek Kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco) pada 15 Ogos 2023
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (JKT) Bil. 1/2023 Projek Kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco) telah diadakan pada 15 Ogos 2023 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
.
Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YBrs. Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA dan YBrs. Encik Shahrir bin Abdul Latiff, Head Technical Services, TNB Genco. Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan status kemajuan projek serta syor dan cadangan projek baharu di bawah kerjasama dua agensi ini.
.
Selain itu, turut diadakan Sesi Penghargaan iaitu penyerahan perkakasan kerja untuk kegunaan projek kerjasama dan penyampaian sijil kepada ahli projek kerjasama MYSA – TNB Genco yang terlibat dalam Program Researcher – Industry Scientific Exchange (RISE), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Seterusnya, delegasi telah dibawa melawat Stesen-stesen Kerja Aplikasi dan Data Chamber, MYSA.
Skip to content