LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) PROJEK NELAYAN DIGITAL (e-SMART) PADA 15 OKTOBER 2026
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Nelayan Digital (e-SMART) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) telah dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBhg. Datuk Hj. Yusof bin Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar Ko-Nelayan.
.
Fokus mesyuarat adalah untuk melaporkan status kerjasama antara lain berkaitan Electronic Sabah Mobile Artisanal Remote Technology (e-SMART) yang merupakan sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa kerjasama MYSA dengan Ko-Nelayan.
 
Sistem e-SMART berfungsi sebagai medium penyampaian maklumat seperti kedudukan lokasi penangkapan ikan yang berpotensi tinggi, keadaan cuaca, ketinggian ombak, jarak ke lokasi dan maklumat air pasang surut sebelum turun ke laut bagi menangkap ikan yang membantu mentrasformasikan nelayan di Sabah dalam pengurusan aktiviti menangkap ikan harian dan menjadikan operasi tersebut lebih tersusun dan mudah.
.
Turut diadakan, lawatan ke Fisheries Digital Control Centre (FDCC) untuk melihat pengoperasian sistem e-SMART.
.
MYSA terus komited dalam memperkukuh penggunaan teknologi angkasa bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan, selaras dengan Teras 2 Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030), iaitu menumpukan kepada Pembangunan Teknologi, Infrastruktur dan Aplikasi Angkasa yang Signifikan kepada Negara.
.
Mesyuarat berlangsung pada 15 Oktober 2026, bertempat di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content