MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) PROJEK KERJASAMA MYSA DENGAN KKM PADA 14 OKTOBER 2025
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berlangsung pada 14 Oktober 2025, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
.
Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
.
Fokus mesyuarat adalah pembentangan status projek kerjasama yang melibatkan pengoperasian sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa; dan perancangan kerja untuk tempoh 5 tahun akan datang, hingga 2030.
▪️Sistem EHRI (sistem pengurusan untuk membuat keputusan kawalan kesihatan dengan lebih tepat dan berkesan)
▪️Sistem DWQI (pemantauan pengurusan kualiti air minum)
▪️Sistem SPWD dan iDengue (sistem pemetaan spatial maklumat denggi di Malaysia setiap hari untuk pemantauan, kawalan dan pencegahan)
▪️Sistem MAGICs.ME (menyokong program sasaran eliminasi malaria di Malaysia)
▪️Sistem myEntoPest (pengurusan data survelan dan pemantauan aktiviti entomologi dan pest).
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content