MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

 
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Kerjasama antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bil. 1/2022 telah diadakan di Kompleks Operasi Angkasa (SOC), MYSA, Temerloh, Pahang.
.
Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Sufian bin Sulaiman, Ketua Pengarah Perikanan dan YBrs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA
.
Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah bagi membentangkan status kemajuan dan peluasan skop projek kerjasama. Pada awalnya, satu sistem aplikasi telah dibangunkan pada 2018 khusus bagi membantu DOF dalam pengurusan dan pemantauan biosekuriti perikanan. Namun, selaras dengan keperluan semasa DOF, projek ini diperluaskan skopnya kepada semua sektor perikanan termasuklah perikanan darat dan laut, pengurusan sumber dan taman laut bermula 2022.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan hala tuju projek kerjasama berserta cadangan pembaharuan Nota Kerjasama yang akan tamat pada tahun 2023.
.
Delegasi juga turut dibawa melawat ke fasiliti SOC dan diberikan taklimat mengenai aktiviti berkaitan teknologi angkasa yang merangkumi operasi penerimaan data satelit remote sensing secara real-time di kompleks ini. YBhg. Datuk Haji Mohd Sufian bin Sulaiman juga telah berkesempatan meluangkan masa menanam anak pokok di perkarangan bangunan utama SOC sebagai tanda kenangan.
 
Skip to content