Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah (JP Sabah) dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan pada 17 Ogos 2023 di Pejabat Perhutanan Daerah Kota Kinabalu, Lok Kawi, Sabah.
.
Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datuk Frederick Kugan, Ketua Konservator Hutan JP Sabah dan YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan mengenai status kemajuan projek serta pembentangan syor dan cadangan aktiviti baharu di bawah kerjasama antara dua agensi ini. Turut berlangsung, sesi penyerahan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) di antara MYSA dengan JP Sabah yang telah ditandatangani di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi pada 26 Mei 2023 semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23).
.
Turut hadir ke mesyuarat adalah Encik Musa Salleh, Timbalan Ketua Konservator Hutan (Operasi) JP Sabah, Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA serta pegawai-pegawai kanan dan ahli projek dari kedua-dua agensi.