MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) PROJEK KERJASAMA BPKJ, KKM-MYSA BIL.1/2023
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Kerjasama BPKj, KKM-MYSA Bil.1/2023 antara Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan pada 11 April 2023 di Kompleks Teknologi Angkasa (STC), MYSA, Banting, Selangor.
.
Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan mengenai status kemajuan projek serta pembentangan syor dan cadangan aktiviti baharu di bawah kerjasama antara dua agensi ini.
.
Seterusnya, delegasi telah dibawa melawat Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (Satellite Assembly, Integration and Test – AIT).
Skip to content