MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Bil. 1/2022 Projek Kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah (JP Sabah) – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah diadakan pada 22 Mac 2022 (Selasa) di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan.
.
Mesyuarat JKP ini dipengerusikan bersama oleh YBrs. Tuan Haji Fadzil Haji Yahya, Timbalan Ketua Konservator Hutan (Perancangan dan Pengurusan) yang mewakili Ketua Konservator Hutan JP Sabah dan YBrs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Antara lain, mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai status kemajuan projek-projek di bawah kerjasama JP Sabah-MYSA serta mendapatkan pertimbangan serta kelulusan bagi cadangan pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan tamat pada 25 Oktober 2022 serta penambahan beberapa projek dan aktiviti baharu.
.
Tujuan kerjasama strategik ini adalah untuk berkongsi kepakaran dalam pengurusan hutan yang lebih efisien dan sistematik terutama dalam pemantauan pencerobohan kawasan hutan serta mewujudkan pangkalan data yang berpusat bagi memudahkan pengurusan dan pengemaskinian data. Sehingga kini, sebanyak 3 sistem dan pakej aplikasi perhutanan telah dibangunkan melalui kerjasama ini.
.
Delegasi mesyuarat juga dibawa ke sesi penanaman pokok di sekitar Ibu Pejabat JP Sabah dan lawatan ke Rainforest Discovery Centre (RDC) yang terletak di Sepilok yang merupakan sebahagian dari Hutan Simpan Kabili-Sepilok dan dijadikan salah satu pusat pendidikan alam sekitar yang terkenal di Sabah.
.
Mesyuarat dan sesi lawatan berjalan dengan lancar dan selari dengan norma baharu serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang wabak Covid-19.
.
 
 
Skip to content