MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana (JK Pelaksana) Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Projek Kerjasama Jabatan Pertanian (DOA) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Bil.1/ Tahun 2022 telah diadakan pada 20 September 2022 di Ibu Pejabat MYSA bagi membincangkan mengenai status pencapaian dan hala tuju projek.
.
Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh YBrs. Encik Zuraimi Bin Suleiman, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber, MYSA dan YBrs. Encik Mohd Nazri Bin Abu Seman, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik DOA dan dihadiri oleh pelbagai agensi pertanian iaitu Bahagian IPB MAFI, LPP, MARDI, Wakil Pengurus Besar MADA dan KADA, Pengarah-Pengarah IADA dan Wakil Bahagian DOA.
.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan status pembangunan modul baharu MakGeoPadi-CCS dan MakGeoPadi-SoilFert serta Sistem MakGeoHidro. Inisiatif projek kerjasama MYSA, DOA dan agensi-agensi pertanian ini adalah selaras dengan agenda Keselamatan Sekuriti Makanan Sektor Pertanian negara.
.
.
Skip to content