MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK KE LOKASI LIMA (5) PROJEK PERINTIS WILAYAH LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) PADA 14 APRIL 2026
Langkah awal kerjasama antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dimulakan dengan Mesyuarat dan Lawatan Tapak ke lokasi lima (5) Projek Perintis Wilayah KEJORA pada 14 April 2026. Seterusnya, bengkel Dokumen Keperluan Pengguna (URD) telah berlangsung pada 15 hingga 17 April 2026 di Hotel Hatten, Melaka bagi memperincikan keperluan pembangunan sistem KEJORA-MYSA. Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA.
.
Sistem KEJORA-MYSA dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi digital dalam aspek perancangan, pengurusan serta pemantauan projek pembangunan Wilayah KEJORA secara lebih sistematik, tepat dan berkesan.
.
MYSA akan terus komited dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh membangunkan sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa yang signifikan untuk negara bagi kegunaan pelbagai agensi kerajaan.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content