MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT BERSAMA PRESIDEN THE SCIENTIFIC AND TECHNOLOGICAL RESEARCH COUNCIL OF TURKIYE (TUBITAK) DAN MESYUARAT SERTA LAWATAN TEKNIKAL KE TURKISH AEROSPACE INDUSTRIES INC. (TUSAS)
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Turkiye pada 8 – 12 Oktober 2024. Delegasi YB menteri terdiri daripada TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Malaysia ke Turkiye, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) serta wakil daripada Agensi Angkasa Malaysia, MIMOS Berhad, dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).
 
Pada hari kedua lawatan kerja ini, YB Menteri telah menjalankan mesyuarat bersama presiden TÜBİTAK serta mengadakan mesyuarat dan lawatan teknikal ke TUSAS. Objektif mesyuarat dan lawatan teknikal ini adalah untuk memperkukuh kerjasama sedia ada serta meneroka kerjasama baru antara agensi di bawah MOSTI bersama dengan pihak TÜBİTAK serta TUSAS. Delegasi YB Menteri ini telah disambut oleh pihak pengurusan tertinggi kedua-dua institusi iaitu oleh Prof. Dr. Orhan Aydin, Presiden TÜBİTAK dan Ömer Cihad Vardan, Pengerusi TUSAS di fasiliti masing-masing.
.
𝙈𝙚𝙨𝙮𝙪𝙖𝙧𝙖𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙋𝙧𝙚𝙨𝙞𝙙𝙚𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙎𝙘𝙞𝙚𝙣𝙩𝙞𝙛𝙞𝙘 𝘼𝙣𝙙 𝙏𝙚𝙘𝙝𝙣𝙤𝙡𝙤𝙜𝙞𝙘𝙖𝙡 𝙍𝙚𝙨𝙚𝙖𝙧𝙘𝙝 𝘾𝙤𝙪𝙣𝙘𝙞𝙡 𝙤𝙛 𝙏𝙪̈𝙧𝙠𝙞𝙮𝙚 (𝙏𝙐̈𝘽𝙄𝙏𝘼𝙆)
Malaysia dan Republik Turkiye bersetuju untuk mengeratkan kerjasama serta meneliti potensi baru dalam bidang STI antara kedua-dua buah negara terutama sekali dalam sektor angkasa, semikonduktor, ekosistem syarikat pemula dan lain-lain bidang STI yang akan memberi faedah yang optimum kepada kedua-dua buah negara.
 
YB Menteri juga telah menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara MIMOS Berhad dan TÜBİTAK BİLGEM yang mana telah ditandatangan oleh Encik Saat Shukri Embong, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Berhad bersama dengan Prof. Dr. Orhan AYDIN, Presiden TÜBİTAK. Kerjasama ini dilihat dapat mempermudahkan kerjasama antara kedua-dua buah institusi dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan negara dalam landskap semikonduktor global.
.
𝙈𝙚𝙨𝙮𝙪𝙖𝙧𝙖𝙩 𝘿𝙖𝙣 𝙇𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙠𝙣𝙞𝙠𝙖𝙡 𝙆𝙚 𝙏𝙪𝙧𝙠𝙞𝙨𝙝 𝘼𝙚𝙧𝙤𝙨𝙥𝙖𝙘𝙚 𝙄𝙣𝙙𝙪𝙨𝙩𝙧𝙞𝙚𝙨 𝙄𝙣𝙘. (𝙏𝙐𝙎𝘼𝙎)
Semasa sesi perbincangan, delegasi MOSTI telah diberikan keterangan berhubung dengan pengoperasian TUSAS serta kerjasama yang telah dijalankan bersama institusi-institusi di Malaysia. Delegasi MOSTI juga diberi kesempatan untuk melihat proses pembuatan satelit, jet, helikopter dan lain-lain. Sebagai sebuah syarikat utama dalam industri pertahanan dan aeroangkasa di Turki, pihak TUSAS telah menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam bidang-bidang yang akan memberi faedah optimum kepada kedua-dua buah .
Skip to content