MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita MYSA Kali ke-2 Tahun 2023
Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) kali Ke-2 telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mac 2023 (Khamis). Mesyuarat telah dimulakan dengan kata alu-aluan oleh YBrs. Puan Hajah Nor Azah Jamaluddin, Pengerusi PUSPANITA MYSA dan seterusnya ucapan perasmian oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah MYSA merangkap Penasihat PUSPANITA MYSA. Majlis diteruskan dengan tayangan montaj aktiviti PUSPANITA 2022 – 2023 dan diikuti dengan acara penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Sesi 2021-2023.
.
Antara agenda mesyuarat agung yang dibincangkan termasuklah pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan bagi tahun 2022 oleh Jawatankuasa PUSPANITA MYSA, pembubaran Ahli Jawatankuasa sesi 2021 – 2023 dan seterusnya pengundian dan pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2023 – 2025.
.
Bagi memeriahkan majlis mesyuarat ini, Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkenaan pertanian bandar. Ceramah Seni Berkebun Di Rumah dan Hands-on penanaman Microgreen dan penyediaan kompos ini telah disampaikan oleh Pn Azlini Zuraida Binti Endut dan dibantu oleh Pn Nur Hafiza Binti Rashid.
.
Sempena mesyuarat ini juga, turut diadakan sesi cabutan bertuah, kuiz secara atas talian dan juga beberapa gerai jualan telah dibuka di perkarangan luar dewan. Sekalung tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga Puspanita MYSA di atas kejayaan, kelancaran dan sambutan penganjuran majlis ini.
Skip to content