MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Agensi Angkasa Malaysia kali Pertama telah berlangsung dengan lancar pada 25 Mac 2022 (Jumaat). Mesyuarat telah dimulakan dengan kata-kata aluan oleh YBrs. Puan Hajah Nor Azah Jamaluddin, Pengerusi PUSPANITA MYSA. Ini diikuti dengan pembentangan Laporan aktiviti dan laporan kewangan bagi tahun 2021 oleh Jawatankuasa PUSPANITA MYSA. Mesyuarat ini telah dihadiri hampir 100 orang ahli secara fizikal dan dalam talian.
 
Sempena mesyuarat ini juga, turut diadakan sesi cabutan bertuah, kuiz secara online “Kenali PUSPANITA” dan juga beberapa gerai jualan telah dibuka di perkarangan luar dewan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang wabak Covid-19.
 
“Wanita Sepakat, Negara Meningkat”
 
 
Skip to content