MESYUARAT AGUNG KE-26 KELAB SUKAN DAN SOSIAL MYSA (MYSAC)

Mesyuarat Agung ke-26 Kelab Sukan dan Sosial Agensi Angkasa Malaysia (MYSAC) telah berlangsung dengan lancar pada 3 Mac 2022 (Khamis). Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), YBrs. Tuan Hj. Azlikamil Napiah merangkap Penasihat Kelab MYSAC.
.
Mesyuarat telah dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Presiden Kelab MYSAC Tahun 2021 – 2023, Encik Kamaruzzaman Wahid. Ini diikuti dengan pembentangan Laporan Setiausaha & Bendahari oleh Encik Zuhairi Bin Abdullah, Setiausaha Kelab MYSAC dan pembentangan aktiviti yang telah dan yang akan dilaksanakan oleh Ketua-Ketua Biro Kelab MYSAC. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 126 ahli Kelab MYSAC secara fizikal dan dalam talian.
.
Sempena mesyuarat ini juga, beberapa gerai jualan telah dibuka di perkarangan luar dewan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang wabak Covid-19.
 
.
#MYSA #MOSTI #MYSAC
#STI #STIE #R&D #STEM
#KeluargaMalaysia #Bekerjabersamarakyat #KitaJagaKita