MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT MAJLIS AEROANGKASA MALAYSIA (MAC) BIL. 1/2023
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA telah menghadiri Mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia (MAC) Bil.1/2023 yang dipengerusikan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri di Menara MITI pada 7 Disember 2023.
.
Beliau telah membentangkan kertas makluman berkaitan Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN 2030): Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030) kepada ahli-ahli majlis yang menyokong dasar Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
.
MAC merupakan platform perbincangan berkaitan inisiatif pembangunan serta perkongsian maklumat dan program pembangunan industri aeroangkasa di Malaysia.
Skip to content