Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) kerjasama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung pada 7 November 2024 di Kompleks Operasi Angkasa, MYSA, Temerloh, Pahang.
.
Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Dato’ Ir. Mohd Zaki bin Mat Amin, Ketua Pengarah NAHRIM dan YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
.
Fokus mesyuarat antara lain turut membincangkan:
Status projek rintis Kajian Pemodelan Sedimentasi Berasaskan Teknologi Aplikasi Remote Sensing; Pemetaan Zon Imbuhan (Recharge) Air Bawah Tanah Berteraskan Teknologi Remote Sensing dan GIS di Bahagian Lembangan Atas Sungai Langat; dan Kajian Sea Level Rise Impact on Mangrove Growth and Survival at Hutan Simpan Tanjung Burung, Perak.
Hala tuju kerjasama dengan cadangan projek baru – Sistem Pintar Artificial Intelligence (AI) Bagi Penarafan Dan Pengkelasan Kedudukan Sungai-Sungai Di Malaysia (Air3s) Dalam Pemantauan Meningkatkan Kualiti Air Sungai; dan Coral Integrity : Preserving Malaysia’s Marine Heritage Through Science
.
.
Selesai mesyuarat, delegasi NAHRIM diberikan taklimat mengenai operasi penerimaan data satelit; lawatan ke Sistem Antenna 7.3 m dan berpeluang menanam anak pokok di perkarangan SOC.