MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT JK PEMANDU (JKP) MYSA DAN MAJLIS PERBANDARAN KLUANG (MPK) PADA 24 OKTOBER 2023
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) kerjasama strategik antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah diadakan pada 24 Oktober 2023 bertempat di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Banting. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil Bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Puan Hajah Azurawati Binti Wahid, YDP MPK. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan status kemajuan projek, hala tuju kerjasama dalam tempoh lima (5) tahun dan hal-hal lain yang berkaitan.
.
Seterusnya delegasi dibawa melawat ke Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (Satellite Assembly, Integration and Test – AIT) iaitu sebuah fasiliti yang mampu menyediakan keadaan simulasi pengujian seperti yang akan dilalui oleh satelit.

 

Skip to content