MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) PROJEK KERJASAMA MYSA DAN ECERDC PADA 5 FEBRUARI 2024

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah diadakan pada 5 Februari 2024 di Ibu Pejabat ECERDC, Putrajaya.

.
Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato’ Baidzawi bin Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC dan YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi menentukan hala tuju kerjasama serta mempertimbang dan meluluskan cadangan berkaitan program kerjasama antara dua agensi ini. Turut berlangsung semasa mesyuarat ini adalah sesi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara MYSA dan ECERDC yang ditandatangani oleh YBrs. Ketua Pengarah MYSA dan YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC serta disaksikan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA dan YBhg. Dato’ Ragu Sampasivam, Ketua Pegawai Operasi ECERDC.
.
ECERDC dan MYSA telah berkolaborasi sejak tahun 2023 bagi membangunkan sistem aplikasi berteraskan teknologi remote sensing bertujuan untuk memudah dan memantapkan perancangan projek di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Skip to content