MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) PROJEK KERJASAMA JABATAN PERIKANAN MALAYSIA (DOF) DAN MYSA PADA 5 DISEMBER 2023
 
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan pada 5 Disember 2023 di Ibu Pejabat DOF, Putrajaya.
.
Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) yang mewakili Ketua Pengarah DOF dan YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan mengenai status kemajuan projek serta pembentangan syor dan cadangan aktiviti baharu di bawah kerjasama antara dua agensi ini.
.
Turut hadir ke mesyuarat adalah Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA serta pegawai-pegawai kanan dan ahli projek dari kedua-dua agensi.
.
Ahli mesyuarat telah diberikan taklimat berkaitan Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS) oleh pihak DOF sebelum mesyuarat bermula. MCS dilaksanakan bagi memastikan pematuhan kepada Akta Perikanan 1985, peraturan dan syarat lesen perikanan serta instrumen antarabangsa yang bertujuan untuk melindungi sumber perikanan negara agar sentiasa mapan bagi menjamin bekalan makanan negara untuk kegunaan semasa dan juga untuk generasi yang akan datang serta menjaga keselamatan nelayan.
Skip to content