Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS) Pada 3 Februari 2023
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Tanah dan Survei Sarawak(JTSS) dalam satu Majlis Makan Malam sempena Landas Summit 2023 di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 3 Februari 2023 bagi membantu JTSS menjalankan pemetaan litupan tanah di seluruh negeri Sarawak secara berterusan menggunakan teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan melalui pembangunan Sistem Litupan Mukabumi Penderiaan Angkasa Sarawak (LIMPAS) secara dalam talian.
.
Upacara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama Pengarah JTSS Datu Abdullah Julaihi dan disaksikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.