Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran 1446H/2025 anjuran Kelab Sukan dan Sosial Agensi Angkasa Malaysia (MYSAC) telah diadakan pada 26 Mac 2025 bertempat di Surau Mess Pegawai, Angkasapura Banting.
.
Majlis khatam berlangsung dengan penuh khidmat dan diiringi dengan doa, dipimpin oleh Encik Ahmad Ammar bin Ahmad Termizi, Pegawai Penyelidik MYSA. Beliau turut menyampaikan tazkirah ‘Ramadan Bulan Al-Quran dan Perubahan.’
.
Penyerahan sumbangan melalui kutipan sepanjang bulan Ramadan oleh Kelab MYSAC turut diadakan dan disampaikan kepada warga MYSA yang memerlukan termasuk pekerja pembersihan dan lanskap di MYSA Banting. Semoga amalan baik ini memberi keberkatan dan pulangan rezeki yang melimpah kepada semua.