MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1445H / 2023M
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2023M bersamaan 1 Muharram 1445H / 19 Julai 2023M telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
 
Tema sambutan Maal Hijrah yang dipilih pada tahun ini iaitu “Perpaduan Teras Malaysia MADANI” menjadi manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan signifikan kepada umat Islam termasuk masyarakat bukan Islam di negara ini.
 
Kontinjen dari Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah turut serta dalam majlis sambutan ini yang diketuai oleh YBrs. Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, YBrs. Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) bersama kakitangan MYSA
Skip to content