MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS PRA-PELUNCURAN PUSAT TEKNOLOGI INOVASI INDUSTRI (ITIC) PADA 22 JUN 2024
ย 
Majlis Pra-Peluncuran ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐ˆ๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข atau ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข๐š๐ฅ ๐“๐ž๐œ๐ก๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ฒ ๐ˆ๐ง๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž (๐ˆ๐“๐ˆ๐‚) telah dirasmikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 22 Jun 2024. Majlis telah berlangsung di MIMOS Berhad (Kulim), Kulim High Tech Park, Kedah.
.
Projek ITIC terdiri daripada empat (4) pusat yang masing-masing dikendalikan oleh agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu:
โ–ถ๏ธMIMOS yang akan menumpukan pada sektor Elektrik dan Elektronik (E&E);
โ–ถ๏ธMRANTI yang mengkhusus kepada Teknologi Dron dan Robotik;
โ–ถ๏ธMIGHT yang didedikasikan untuk Teknologi Bandar Pintar; dan
โ–ถ๏ธMYSA memberi tumpuan kepada Teknologi Angkasa.
.
๐ˆ๐“๐ˆ๐‚ ๐›๐š๐ ๐ข ๐ฌ๐ž๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฌ๐š
Sejak tahun 2000, negara melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berjaya membangunkan beberapa infrastruktur operasi angkasa seperti Fasiliti Kawalan Misi Satelit dan Fasiliti Pemasangan, Integrasi & Pengujian Satelit yang terletak di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Banting, Selangor; Pusat Penerimaan Data Imej Satelit dan Pusat Pemprosesan & Pengurusan Imej Satelit yang terletak di Kompleks Operasi Angkasa (SOC), Temerloh, Pahang dan Observatori Negara Langkawi (ONL), Kedah.
.
Menerusi projek ITIC, kini KTA menyaksikan pertambahan infrastruktur baharu iaitu ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐œ๐š๐ซ ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š & ๐“๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ฅ ๐๐ž๐ง๐๐ž๐ซ๐ข๐š. MYSA akan bekerjasama dengan pemain industri bagi membangunkan produk dan perkhidmatan berasaskan teknologi satelit Internet of Things (IoT).
.
Pembangunan ITIC sektor angkasa adalah usaha MOSTI melalui MYSA untuk:
1๏ธโƒฃMewujudkan industri pembuatan produk dan komponen berasaskan teknologi angkasa
2๏ธโƒฃMenggalakkan pertumbuhan industri huluan angkasa
3๏ธโƒฃMenjadikan Malaysia sebagai hub pembuatan dan pengoperasian satelit kecil di rantau Asia Tenggara.
.
Hadir sama pada majlis ini ialah Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), MYSA. Pembentangan mengenai ITIC bagi sektor angkasa telah disampaikan oleh Dr. Elena Woo Lai Leng, Pegawai Penyelidik, MYSA.
.
Perkembangan ini merupakan salah satu langkah ke hadapan merealisasikan matlamat ๐ƒ๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐€๐ง๐ ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ‘๐ŸŽ (๐ƒ๐€๐๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ‘๐ŸŽ) untuk membangun keupayaan sektor angkasa negara (national space capability); menjadikan Malaysia sebuah negara pencipta teknologi dan inovasi dalam bidang angkasa dan menyumbang kepada ekonomi baharu negara.
.
Pemain industri yang ingin mendapatkan perkhidmatan di ITIC bagi sektor angkasa boleh emel terus ke stc_services@mysa.gov.my.
Skip to content