MAJLIS PRA-PELUNCURAN PUSAT TEKNOLOGI INOVASI INDUSTRI (ITIC) PADA 22 JUN 2024
Majlis Pra-Peluncuran ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐ง๐จ๐ฏ๐๐ฌ๐ข ๐๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข atau ๐๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข๐๐ฅ ๐๐๐๐ก๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ฒ ๐๐ง๐ง๐จ๐ฏ๐๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐ซ๐ (๐๐๐๐) telah dirasmikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 22 Jun 2024. Majlis telah berlangsung di MIMOS Berhad (Kulim), Kulim High Tech Park, Kedah.
.
Projek ITIC terdiri daripada empat (4) pusat yang masing-masing dikendalikan oleh agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu:

MIMOS yang akan menumpukan pada sektor Elektrik dan Elektronik (E&E);

MRANTI yang mengkhusus kepada Teknologi Dron dan Robotik;

MIGHT yang didedikasikan untuk Teknologi Bandar Pintar; dan

MYSA memberi tumpuan kepada Teknologi Angkasa.
.
๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ข ๐ฌ๐๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฌ๐
Sejak tahun 2000, negara melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berjaya membangunkan beberapa infrastruktur operasi angkasa seperti Fasiliti Kawalan Misi Satelit dan Fasiliti Pemasangan, Integrasi & Pengujian Satelit yang terletak di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Banting, Selangor; Pusat Penerimaan Data Imej Satelit dan Pusat Pemprosesan & Pengurusan Imej Satelit yang terletak di Kompleks Operasi Angkasa (SOC), Temerloh, Pahang dan Observatori Negara Langkawi (ONL), Kedah.
.
Menerusi projek ITIC, kini KTA menyaksikan pertambahan infrastruktur baharu iaitu ๐๐ข๐ฌ๐ญ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐๐ซ ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ & ๐๐๐ซ๐ฆ๐ข๐ง๐๐ฅ ๐๐๐ง๐๐๐ซ๐ข๐. MYSA akan bekerjasama dengan pemain industri bagi membangunkan produk dan perkhidmatan berasaskan teknologi satelit Internet of Things (IoT).
.
Pembangunan ITIC sektor angkasa adalah usaha MOSTI melalui MYSA untuk:

Mewujudkan industri pembuatan produk dan komponen berasaskan teknologi angkasa

Menggalakkan pertumbuhan industri huluan angkasa

Menjadikan Malaysia sebagai hub pembuatan dan pengoperasian satelit kecil di rantau Asia Tenggara.
.
Hadir sama pada majlis ini ialah Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), MYSA. Pembentangan mengenai ITIC bagi sektor angkasa telah disampaikan oleh Dr. Elena Woo Lai Leng, Pegawai Penyelidik, MYSA.
.
Perkembangan ini merupakan salah satu langkah ke hadapan merealisasikan matlamat ๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฌ๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐) untuk membangun keupayaan sektor angkasa negara (national space capability); menjadikan Malaysia sebuah negara pencipta teknologi dan inovasi dalam bidang angkasa dan menyumbang kepada ekonomi baharu negara.