MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS PERTUKARAN DOKUMEN PROJEK KERJASAMA ANTARA MYSA DAN JKR PADA 11 JULAI 2023
Majlis pertukaran dokumen projek kerjasama antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah berlangsung di Hotel Hatten Melaka pada 11 Julai 2023. Upacara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool dan turut disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad serta Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam.
.
Melalui projek kerjasama ini, satu platform perkongsian kepakaran serta kemudahan ke arah Pendigitalan Sektor Awam dengan menerima pakai teknologi angkasa dan teknologi – teknologi yang berkaitan seperti Sistem Maklumat Geografi (GIS), Sistem Penentududukan Global (GPS) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dapat diwujudkan bagi tujuan perancangan, pemantauan dan pengurusan dalam bidang kejuruteraan di JKR dengan lebih cekap, cepat dan berkesan.
Skip to content