MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Kerjasama strategik antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini adalah merupakan usaha kedua-dua entiti dalam mengoptimumkan kepakaran bagi pembangunan sains dan teknologi, pembangunan kepakaran tempatan dan penciptaan baharu teknologi angkasa yang dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
 
MOU yang dimeterai akan memberi fokus kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membangunkan metodologi baharu dan modul aplikasi pintar bagi bidang geosains dan alam sekitar serta pelbagai bidang lain yang berkaitan.
 
Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman Antara MYSA – UKM disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal & Operasi) MYSA, Puan Nik Mazlina Binti Nik Mustapha dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UKM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Bin Muhammad.
 
 
Skip to content