MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS PERTUKARAN DOKUMEN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA MYSA DAN UMT PADA 25 MEI 2023
25 Mei 2023- Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah diadakan di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi.
.
Upacara ini telah disempurnakan oleh wakil MYSA YBrs. Puan Nik Mazlina Binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah MYSA dan disaksikan oleh YB. Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan (MOT) dan YB. Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
.
Objektif MoU ini adalah untuk menjalin kerjasama dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan berteraskan teknologi angkasa dan IR 4.0 dalam bidang perikanan.
.

 

Skip to content