MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara MYSA dan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) pada 18 Februari 2023
 
Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah berlangsung di Courtyard by Marriott Penang pada 18 Februari 2023. Upacara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama YBrs. Puan Norliyati binti Md. Nor, Yang Dipertua MPK.
.
Objektif MoU ini adalah untuk mengenalpasti corak gunatanah di kawasan MPK dan kawalan perancangan yang telah diluluskan; meningkatkan kecekapan perkhidmatan penyelenggaraan infrastruktur awam; meningkatkan pengurusan berkaitan pembangunan infrastruktur dan keselamatan; mengenalpasti status hartanah mengikut jenis kegunaan tanah dan kategori bangunan; meningkatkan kecekapan perkhidmatan pembersihan awam dan pengurusan sisa pepejal; mengenalpasti maklumat lesen perniagaan yang diluluskan; dan membantu meningkatkan kecekapan tindakan siasatan, pemantauan dan penguatkuasaan.
.
Turut hadir ke majlis adalah Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA, YBrs. Tuan Haji Mohd Yazid Bin Baharuddin, Setiausaha MPK serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari MYSA dan MPK.
Skip to content