MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara MYSA – Kerajaan Negeri Pulau Pinang (KNPP) pada 11 Mei 2023
 
Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (KNPP) telah berlangsung pada 11 Mei 2023 bertempat di Hotel St. Giles Wembley, Pulau Pinang. Upacara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bersama YBhg. Dato’ Mohd. Sayuthi Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri bagi pihak Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) Kerajaan Negeri Pulau Pinang (KNPP) serta disaksikan oleh Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.
.
MoU ini bertujuan untuk membangunkan dan mengoperasi sistem aplikasi dan pangkalan data berteraskan teknologi remote sensing (penderiaan jauh) angkasa. Pembangunan sistem aplikasi dan pangkalan data ini akan membolehkan KNPP menggunakan secara lebih efektif teknologi remote sensing dan teknologi-teknologi lain yang berkaitan dalam kerja-kerja perancangan, pengurusan dan pemantauan projek serta aktiviti pembangunan fizikal di Pulau Pinang.
.
Skip to content