MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

29 Ogos 2022 – Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB GENCO) telah berlangsung di Hotel Le Meridian, Kuala Lumpur. Upacara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Abd Rahman, Ketua Pegawai Operasi TNB GENCO.
.
MoU ini bertujuan untuk memperkasa penggunaan teknologi remote sensing dalam pengurusan tadahan TNB Hydroelektrik di Malaysia. Melalui kerjasama strategik ini, MYSA telah membangun dan mengoperasikan Sistem Pemantauan Kawasan Tadahan Empangan TNB Hidro (TNB Hydro Catchment Area Surveillance – THyCAS) pada tahun 2020 untuk membantu memantau kawasan tadahan empangan hidro milik TNB Genco.
.
Sistem THyCAS ini menggunakan Teknologi angkasa (RS, GPS) dan teknologi lain berkaitan (GIS dan ICT) dan telah diaplikasikan penggunaannya di negeri Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu. Dengan adanya sistem ini, perancangan, pengurusan dan pemantauan aktiviti pembangunan kawasan tadahan empangan hidro TNB dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan dan sistematik.
.
 
Skip to content