Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi bulan Mac telah berlangsung pada 13 Mac 2026, Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, telah menyampaikan amanat yang menekankan beberapa perkara penting sebagai panduan dan peringatan bersama warga MYSA.

Mengamalkan kesegeraan dalam menjalankan tugas dan penyampaian perkhidmatan, tanpa kompromi terhadap pematuhan peraturan, integriti tadbir urus, kualiti dan ketelitian hasil kerja.

Memperkukuh komunikasi strategik supaya mesej dan naratif MYSA dapat disampaikan kepada kumpulan sasaran serta masyarakat umum dengan berkesan, jelas dan difahami.

Pengurusan kewangan berhemah dan langkah penjimatan perbelanjaan bagi tahun 2026, sejajar dengan situasi ekonomi global yang dipengaruhi oleh ketidaktentuan geopolitik, termasuk konflik perang di luar negara.

Bertindak sebagai pemudah cara (facilitate) dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa antara Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hal Ehwal Angkasa Lepas (United Nations Office for Outer Space Affairs [UNOOSA]) dengan pemain industri tempatan. Ini merupakan langkah strategik dalam pembangunan sektor angkasa negara.

Inisiatif Centre of Excellence (COE) for Satellite Technologies dengan penumpuan pembangunan bakat muda melalui pendidikan High Technology TVET (Hi-TVET).

Kedua-dua langkah strategik ini merupakan antara usaha penting untuk mencapai Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

Melihat setiap cabaran sebagai peluang untuk menghasilkan penyelesaian baharu, sekali gus memacu inovasi dan meningkatkan keupayaan organisasi mendepani keperluan masa hadapan.

Menitikberatkan kesejahteraan warga kerja bagi memastikan keseimbangan antara kehidupan profesional dan peribadi (work-life balance).
.
Di akhir amanat, beliau mengingatkan untuk mengejar manfaat 10 hari terakhir Ramadan dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiriti 1447H, Maaf Zahir Batin kepada semua warga MYSA.