MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4 DAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2021 AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA)

Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Bil.4/2021 telah berlangsung secara dalam talian pada 26 Ogos 2021 dan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama lebih 200 orang warga kerja Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

.
YBrs. KP MYSA telah menyampaikan amanat beliau dalam perhimpunan tersebut. Dalam ucapan beliau antara lainnya ialah warga kerja MYSA diseru untuk terus menggalas amanah dan bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik walau apapun suasana politik berlaku di dalam negara dan kembali untuk melihat ikrar ataupun akujanji sebagai penjawat awam.

.
Di samping itu juga, YBrs. KP MYSA telah mengingatkan semua warga kerja MYSA agar dapat melahirkan warga kerja yang memiliki keperibadian yang unggul. YBrs. KP MYSA turut memetik pepatah daripada golongan-golongan yang berjaya yang mengatakan ‘What You Give, You Will Get Back’ yang membawa maksud jika perkara yang baik kita sumbangkan impaknya juga akan hadir kepada kita dalam bentuk yang positif tetapi jika perkara negatif yang kita sumbangkan, perkara-perkara negatif jugalah yang akan sampai kepada kita.

.
Pemakluman persaraan dan juga kenaikan pangkat warga kerja MYSA turut diumum. Perhimpunan diakhiri dengan persembahan khas Multimedia Sukarelawan PPV & Vaksinasi Warga Kerja MYSA, deklamasi pantun, nyanyian lagu kemerdekaan dan kibaran Jalur Gemilang.

.
#MYSA #MOSTI
#MalaysiaPrihatin
#STI #DSTIN #MySTIE
#MenangBersama #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 

 

PERHIMPUNAN BULANAN BIL3_2021